Description
Tahu tahap anak sebelum sekolah tahu
Hari lapor diri, cikgu akan tahu tahap anak awak dalam 30 minit. Kita? Sampai
hari tu pun belum tahu lagi — sebab tak pernah ada cara nak ukur.
Set ini bagi awak nombor. Anak buat satu set ujian, awak semak guna skema,
tulis markah dalam Kad Rekod. Satu petang sudah cukup.
Apa yang ada di dalam
- 3 set ujian tahap — Bahasa Melayu (8 markah), Matematik
(14 markah), English (6 markah). Jumlah 28 markah setiap set. - Skema jawapan penuh — setiap soalan ada jawapannya.
Awak tak payah google, tak payah kira sendiri. - Kad Rekod kemajuan — ruang rekod 3 set, dan 3 lagi untuk
ulangan dua minggu kemudian. Bandingkan, bukan sekadar simpan. - 16 muka latihan tulisan — huruf A hingga U. Surih dulu,
kemudian tulis sendiri. - 120 soalan tambah & tolak dalam lingkungan 10.
- 18 masalah berayat — baca, tulis ayat matematik, kira.
- Latihan nombor 1–10 dan 3 muka latihan suku kata.
Cara guna
- Anak buat satu set ujian — kira-kira 45 minit. Jangan ajar dulu; kita nak
tahu tahap dia sekarang. - Awak semak guna skema jawapan di belakang.
- Tulis markah dalam Kad Rekod. Dua minggu lagi buat set kedua, bandingkan.
Tak perlu cetak semua
Muka surat keutamaan ditanda CETAK DULU dalam set —
5 helai sahaja sudah cukup untuk mula. Selebihnya boleh dibuat terus atas
skrin atau dicetak kemudian, ikut keperluan.
Perlu tahu sebelum beli
- Fail PDF, 46 muka surat, saiz A4. Muat turun terus
selepas bayaran disahkan. - Bayar sekali, simpan selamanya. Tiada langganan.
- Ini bukan bahan rasmi mana-mana pihak dan bukan ujian saringan sekolah.
Ia set latihan yang disusun mengikut kemahiran asas yang biasa
diperlukan pada awal Tahun 1. - Ini bukan program mengajar membaca. Ia menunjukkan tahap anak sekarang
supaya awak tahu nak mula dari mana. - Set semasa merangkumi Bahasa Melayu, Matematik dan English. Jawi tidak
termasuk.




Reviews
There are no reviews yet.